Followers

Sunday, December 9, 2018

BBM3410/18: FACEBOOK laaaaaa

Akhirnya Prof tak mengalah jugak. Dah minggu-minggu akhir ni Prof suruh muat naik dekat Facebook. Prof, baca blog saya ni dengan senyuman tau.

Saya REDHA tauuu Prof :)




BBM3410/18 : TWITTER

Mempromosikan akaun twitter saya yang baru berjinak-jinak nak jadi artis ni selepas kelas Prof Dr. N. Hahahaa Prof berjaya menanam semangat acah acah artis pada setiap pelajar kesayangannya.







Prof, bila lagi nak follow akaun pelajar-pelajar tercintamu kalau bukan sekarang. Ke prof takde Twitter. alaaaa boleh register kot untuk kami :)

@IkhmalShaffiqq 





Wednesday, December 5, 2018

BBM 3410/18 : VIDEO ONE SHOT

HAI SEMUA TEMAN-TEMAN TAPI MESRA ! 


Asalamualaikum. Hari ini aku nak kongsi sedikit kisah tugasan yang baru-baru ini aku selesaikan. Beberapa minggu yang lalu,  kami diminta oleh pensyarah untuk menyediakan video dengan menggunakan beberapa teknik seperti : 


1.  ONE SHOT


Untuk menghasilkan video dengan menggunakan teknik ini maka Kumpulan TADAA telah memilih lagu Seminggu Berhari Raya nyanyian Senario. Disebabkan lagu itu mempunyai lirik yang mantap dengan jalan cerita maka ia memudahkan kumpulan kami untuk melakonkan semula kesemua pergerakan dan jalan cerita bagi setiap minit video tersebut. Pemilih pakaian juga dipengaruhi oleh lagu ini kerana tema "beraya" amat sinonim dengan menetapkan kesemua pelajar di dalam kumpulan kami untuk memakai baju tradusional sahaja. Video kami mendapat pujian daripada Prof. Normaliza kerana dikatakan lebih unik dan bijak dari segi susunan pembikinan video ini. tempat yang dipilih juga menarik kerana kami telah memilih Rumah Contoh, di Muzium Warisan Melayu bagi menaikkan suasana raya tersebut. Tambahan lagi, video ini diambil secara statik dan tidak dibenarkan untuk mengawal rakaman kamera. Pelajar-pelajar perlu memilih watak penyanyi yang akan membuat alih suara.Kami beruntung kerana lagu ini mempunyai lima orang penyanyi dan memudahkan kami untuk membuat penetapan bagi sesiapa sahaja yang ingin menjadi penyanyi. 

Pengalaman yang hebat dan ilmu yang sangat baik untuk  dikongsi pada semua.  


Kami bertuah !

2.  ONE SHOT TWO LAYER


Kali ini, ia agak berbeza kerana "two layer" merupakan teknik di mana pelakon juga perlu membuat alih suara dengan bernyanyi. Untuk video ini kami telah memilih lagu Bobo Di Mana nyanyian Dato Seri Alif Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna. Lagu ini pernah menjadi kontroversi di Malaysia dan kami cuba memurnikan semula lagu ini dengan merubah konsep kepada bentuk dakwah yang positif.  Untuk lagu ini, watak utama adalah Hanif dan Shuhada yang merupakan pelakon dan ada di suatu rangkap mereka akan menyanyi dengan gaya "rap". ini merupakan teknik yang dimaksudkan. pelajar yang lain hanya menjadi watak tambahan dan memeriahkan suasana di dalam video. Pecahan tugas dibelakang tabir telah diberikan kepada mereka yang memegang watak yang lebih ringan. Suntingan dan penambahbaikan telah dilakukan secara bersama dan telah menghasilkan video yang sangat baik.

Kami amat berpuas hati kerana sekali lagi video kami mendapat pujian daripada Prof. yang amat tertarik dengan tarian dakwah kami jauh lebih baik mdan murni.


3. ONE SHOT THREE LAYER


Video kali ini jauh lebih mencabar kerana memerlukan lapisan ketiga. lapisan pertama melibatkan lakonan, kedua melibatkan nyanyi dan ketiga latar tempat yang memainkan peranan seperti pokok bergoyang ditiup angin atau sebagainya yang bersesuaian. Kali ini, kami telah memilih lagu Memori Tercipta nyanyi Shila Hamzah. Lokasi pergambaran yang paling sesuai adalah di Bukit Ekspo kerana banyak kawasan menghijau yang menenangkan mata. penghasila video in telah banyak menerapkan elemen-elemen mengejutkan serti Atiqah memakai pakaian arnab yang comel, Solihin berkaca mata dan pastinya watak Husin yang sentiasa dinanti-nantikan.
Ilmu dan pengetahuan bagi teknik-teknik ini amat berguna kepada kami dan ia amat membantu dalam proses akan datang. Kami sangat bersyukur dengan kelas ini dan amat berharap dapat mempraktikan tugasan ini pada masa akan datang dalam dunia pekerjaan yang sangat mencabar nanti.

Terima kasih Prof. Normaliza !



BBM3410/18: Video tanpa Wajah


  1. Merupakan video yang memberi fokus kepada bahagian tubuh selain bahagian wajah seseorang. 

  1. Penghasilan agak sukar sekiranya produksi tidak menetapkan satu plot jalan cerita yang menarik. Walaupun video yang dihasilkan tidak memperlihatkan wajah, sekiranya jalan cerita tersusun dan menarik maka penonton masih dapat merasai mesej yang hendak disampaikan. 


Penentuan elemen video tanpa wajah : 
  1. Jalan Cerita yang berkesinambungan. 
  2. Fokus kepada satu anggota badan atau suatu benda. 
  3. Pemilihan lagu yang membolehkan jalan cerita direka. (Cadangan lagu ialah lagi sedih) 
  4. Tidak terlalu lama untuk satu babak ke satu babak. 

Pengalaman setelah siap menghasilkan video tanpa wajah: 
  1. Susunan jalan cerita sangat menarik walaupun tidak memperlihatkan wajah namun masih mampu menyentuh hati penonton. 
  2. Pengalaman menyelesaikan masalah untuk menghasilkan video tanpa wajah
  3. Gandingan ahli kumpulan dalam bekerjasama 
Pemilihan lagu yang tepat amat membantu penghasilan Video tanpa Wajah ini. Kumpulan Tadaa memilih lagu Salah terakhir nyanyian Sudirman. 

BBM3410/18 : Papan Cerita

Sedikit info berkaitan E-Majalah. 
E-Majalah merujuk kepada majalah elektronik. Alat yang diperlukan untuk penghasilan E-Majalah :
  1. Lima Helai Kertas A4 Putih
  2. Pencil 

Pemilihan produk penting dalam menghasilkan E- Majalah. Setiap produk perlu dilukiskan sebagai draf dalam E-Majalah tersebut. Kumpulan Tadaa memilih Produk kecantikan iaitu penjagaan kulit wajah. Setiap ahli perlu menggunakan tulisan sendiri untuk menghasilkan halaman masing-masing. 

Bahan yang ringkas sahaja. Tetapi proses kerja agak rumit. Pembahagian tugas dilakukan adalah seperti berikut : 
  1. Muka Depan (Atiqah)
  2. Senarai Kepengarangan (Shu)
  3. Fungsi Setiap Produk (Ikhmal)
  4. Sambungan (Solihin)
  5. Set Kulit Normal (Abir) 
  6. Set Kulit Sensitif (Hidayah)
  7. Set Botanikal (Munirah)
  8. Set Anti Penuaan (Thalha) 
  9. Set Pemutihan (Hanif) 
  10. Cadangan Majalah (Hussain) 


BM3410/18 : ASAS GRAFIK

Hai semua, seperti semua sedia maklum dan kalau ada yang masih ingat pada minggu kedua yang lalu kita semua telah belajar berkaitan asas grafik yang diberikan semasa kuliah oleh Prof. Normaliza. Benar, ia merupakan tajuk-tajuk awal yang menjadi input kepada pelajar-pelajar.

1. Setelah mendapatkan maklumat yang jelas berkaitan perlaksanaan, Pensyarah telah meminta  pelajar-pelajar untuk menyediakan bahan-bahan seperti :

a. Mouting board
    Digunakan sebagai asas untuk menanpal asas grafik


b. Gunting
    Untuk membuat pemotongan


c. Gam UHU
    Digunakan bagi melekatkan gambar


d. Pisau
    Untuk memebuat pemotongan kad keras


e. Majalah Terpakai
    Mencari data yang bersesuaian


f. Penebuk Lubang
    Menebuk lubang di mounting board


2. Minggu berikutnya, kami diminta untuk membawa kesemua alatan untuk dibincangkan secara bersama bagi proses yang seterusnya. Pensyarah telah menjelaskan banyak perkara seperti :

a. Ringkas dan Mudah
   Mudah bermaksud ia jelas dan difahami dan ditaksir


b. Keseimbangan
    Kedudukan yang baik dan stabil


c. Kesesuaian
    Objek yang difokuskan adalah bersesuaian dan tepat


d. Warna
    Kontras yang baik dan jelas dari segi visual


e. Teks
    Penerangan tentang gambar yang baik


3. Setelah selesai perbincangan, Pensyarah ada meningatkan pelajar-pelajar supaya teliti dalam urusan membuat tugasan ini. Semua aspek dianggap penting seperti proses menampal dengan betul supaya tiada gelembung udara yang boleh mencacatkan gambar yang disediakan. Dan, ia bukan lah proses yang mudah bagi mendapatkan hasil yang baik dan tepat. 


Bak kata Prof, REDHOOOO !


4. Masa yang diberikan adalah sehingga jam 2 petang dan ia merupakan satu tugasan jangka masa pendek yang tidak dapat kami uruskan dengan cara yang tergopoh-gapah. Tetapi, peranan dan pecahan tugas yang dibuat oleh ketua kumpulan amat baik sehinggakan semua pelajar di dalam kumpulan ini berjaya menghasilkan tugasan yang baik bagi melengkapkan tugasan ini dengan jayanya. biarpun dikejar masa, tetapi kami tetap bersemangat dan bergembira untuk tugasan ini. 


Sunday, November 18, 2018

BBM3410/18: PHOTOSHOP TUTORIAL

Photoshop aku dah berjaya disiapkan hingga bulan Oktober. Bila dah mahir sikit-sikit,  tidak la terlalu susah untuk aku buat video ni tiga minit :)

Saksikan . . . . 



Saturday, November 17, 2018

BBM3410/18: Di Sebalik Tabir One Shot Two Layer

Tugasa seterusnya dari Prof N :)

Macam biasa kami kena jadi artis terhangat dipasaran. Kali ni kena buat video One Shot Two Layer pula. Hahahaaaa azabnya boleh tahan laaaa. Macam mana nak perah idea nak buat video tuuuu. Sebabnya kedudukan kamera tak boleh dialih. Kalau boleh alih,  dah lama semua orang jadi Faizal Tahir dalam klip video kumpulan masing-masing. Hahahaaa

Kami dari produksi Tadaa :

Lagu - Bobo Dimana (Dato Aliff Syukri, Nur Sajat & Lucintaluna)
Lokasi - Taman Petanian UPM






BBM3410/18: Family Trip - Legoland

Mama telefon tanya " Bila Along nak balik?". Kesian mama papa,  Along lama tak balik.  Sibuk dekat UPM. Dengan dunia belajar. Dengan kerja sambilan. Mama papa ambil aku di UPM, bawa jalan-jalan sampai ke Legoland :) Seronok. Siapa tak seronok kan ? Habiskan masa disamping keluarga tercinta. 


Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di NusajayaJohorMalaysiaSelain daripada taman tema ini, tarikan yang bertemakan Lego dibina berdekatan dengan kawasan ini. Seterusnya, taman tema air Lego adalah projek yang dibuka pada pertengahan tahun 2013 dan juga Legoland Hotel. Hotel ini juga merupakan yang pertama di Asia apabila pembukaannya bermula pada separuh pertama tahun 2014. Hotel tersebut dibina di bawah perjanjian pengurusan di antara syarikat. LL Themed Hotel Sdn. Bhd. merupakan syarikat usahasama yang dimiliki oleh Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. dan Iskandar Harta Holdings Sdn. Bhd.














BBM3410/18 : MELAKA. . . Menabung Kenangan


Hujung minggu,  kami pilih Melaka ! Dah lama tak jalan-jalan pusing Malaysia. Dalam keadaan PITA sedang status disemak,  apa lagi. Aku ambil kesempatan untuk bergembira. Kami jalan jalan cari makan,  jalan jalan cari tempat bergambar,  jalan jalan naik kuda,  jalan jalan cari pasal. Hahaha Banyak kan jalan-jalan. Melaka salah satu negeri yang penuh dengan sejarah Malaysia. 



Bangunan Stadhuys


Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.





Kota A Famosa

Peninggalan Penaklukan Portugis Kota A Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar sakan.



BBM3410/18 : Darah Manis. Tahniah Bro. . .

Seronok tengok kawan-kawan lepas sorang sorang sarung cincin jari manis anak dara orang :) Makin lama,  rumah bujang kami makin kurang orang. Dalam kegembiraan berkongsi bahagia melihat mereka bahagia,  terusik hati aku. Sedih. Tersentuh. Persahabatan setiap masa,  tak lama lagi akan berubah. Tapi aku percaya,  kawan-kawan aku akan tetap ada. Aku berbeza haluan dari yang lain,  mereka dah bekerja. Aku masih mendaki tangga untuk memperoleh segulung Ijazah.






InsyaAllah,  Atiqah Che Ismail. Dengan izin Allah,  akan aku sarungkan cincin dijari Manismu sayang. Auchhhhhhhhhh


BBM3410/18 : Sukan Kolej - MEMANAH

Dah semester akhir ni,  kelas pun tinggal dua subjek je. Setelah hampir lumpuh buat PITA,  aku lepaskan tekanan dengan menghiburkan diri sendiri. Semua junior tanya,  Ehhh abang dah senior pun masuk sukan kolej ke ? Aku peduli apa. hahahaaha

Dengan harapan tekanan PITA aku dapat dinah tepat ke papan yang sejauh 30 meter tuuu. DEngan tengah panasnya,  membara semangat nak lepaskan tekanan. Jangan tanya aku dapat nombor berapa dalam perlawanan tu. Sasaran aku ada la lebih 10 kali tersasar tak kena board. Hahaaa ! Aku saja je nak tuju dekat burung. Korang apa tahu :)




BBM3410/18 : Hati-hati di Tanah Suci SAHABAT :)

Iringan doa buat sahabat tercinta semoga tenang menunaikan ibadah umrah di Mekah. Petang tadi sempat hadir ke KLIA untuk bersama-sama para sahabat tak kira jauh dan dekat untuk memberi senyuman tanda semangat kepada beliau ðŸ˜Š
Saya masih ingat saat kali pertama beliau menjejak kaki di Kuala Lumpur untuk mencari rezeki di perantauan. Niat beliau adalah mencari rezeki untuk memberi nikmat kepada orang lain. Hari ini, usaha beliau berbaloi dan mampu untuk membawa kedua ibu bapa beliau ke tanah suci, walaupun begitu ibu beliau tidak dapat turut serta kerana masalah kesihatan.
Yang utama, niat suci beliau dipermudahkan Allah dan berjaya membawa bapa beliau ke tanah suci.
Itu kebahagian dia.
Sahabat, depan Kaabah nanti. Doa satu benda sahaja, bukan minta kaya dan berharta. Minta pada Allah jauh daripada fitnah mulut manusia dan hasad dengki musuh, biar kita kebal dan terus melakukan kebaikan untuk orang lain.
Kita hidup bukan untuk bersuka cita, biar kita derita yang penting orang sekeliling. Semoga diberkati dan diberikan kesihatan di sana 


BBM3410/18 : Disebalik Tabir One Shot Video

Khas daripada Produksi Tadaa :)

Tugasan kali ni,  kami diminta untuk mendaftarkan diri sendiri dalam Anugerah Bintang Popular ! Hahaha. Prof N minta kami hasilkan sebuah video  berkonsepkan One Shot One Layer.

Lagu yang dipilih oleh kumpulan kami ialah Seminggu  Berhari Raya - SENARIO.
Lokasi pengambaran : Muzium Warisan Universiti Putra Malaysia.

Betapa gembiranya semua orang nak jadi artis hari ni. Betul-betul dapat rasa suasan hari raya sebab buat tugasan Prof ni. Teringat rendang ayam,  lemang,  kuih semperit,  kuih mazola dan sebagainya. Apa yang boleh dikatakan,  team Produksi Tadaa memang yang terbaik,  happening.






BBM3410/18 : JANJI Manusia. Bukan janji TUHAN

Pada suatu hari sekitar tahun 1997.
"Aduh. Macam mana ni? Kita dah tak mampu nak tanggung budak yang nak belajar di universiti. Kita sekarang diambang kemelesetan ekonomi!" kata PM4 dalam satu mesyuarat tingkap kabinet.
"Apa kata kita biarkan mereka yang nak belajar ni bayar sendiri kos belajar mereka. Mereka yang nak belajar. Mereka la bayar sendiri. Kita alihkan tanggungjawab kita kepada mereka semua. Amacam? Semua setuju?" ujar beliau lagi.
"Okay juga tu boss. Tapi... Diorang nak pinjam duit dengan siapa? Nak ke bank luluskan pinjaman diorang? Siapa nak jamin hutang tu?" tanya salah seorang ahli dalam mesyuarat tingkap yang hadir.
"Of course la bank tak luluskan. Kita bukak satu agensi pemberi wang berlesen. Agensi ni nanti kita guna untuk pinjam duit dengan bank. Hutang tu kita jamin la. Dapat interest rendah." balas PM4 menjawab soalan ahli mesyuarat tingkap tersebut.
"Agensi ini pula kita gunakan untuk salurkan duit supaya graduan boleh meminjam dengan kita. Kita kenakan interest yang sama bank kenakan pada kita. Kalau ada yang tak bersetuju, kita tukar nama pun boleh. Kita nama kan caj pentadbiran. Barulah nampak tak ada riba." Penuh dan padat penjelasan PM4
"Baikkkklaaaahhh! Kami semua bersetuju dengan cadangan boss!" kesemua ahli mesyuarat tingkap menjerit tanda bersetuju. Dengar cerita ada dua tiga orang juga yang menari kegembiraan. Maklumlah berjaya menyelesaikan masalah yang rumit itu.
Selebihnya adalah sejarah.
Kerajaan yang berhutang, graduan yang membayar.
Malangnya kita :)


BBM3410/18 : Buka Mata Dahulu, Jangan Mulut.

Kadang kita tunjuk bukan sebab menunjuk. Kebanyakan orang kurang keyakinan untuk menasihati orang dan terkadang akan ada rasa macam, "berjaya sangat ke aku sampai aku nak ajar semua orang macam mana nak hidup serta berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi". Benar, tiada niat lain. Ini fungsi positif laman sosial.
Sama sekali jauh dari riak dan takbur. Itu hanya perkataan dan tomahan dari mereka yang dengki akan kejayaan dan pencapaian seseorang. Padahal, kita hanya ingin menjadi INSPIRASI kepada orang lain dan mungkin ada yang berminat dengan susunan jalan cerita hidup kita. Maka, mereka akan komen dan bertanya. Dan, melalui itu juga kita sendiri yakin hendak berkongsi kerana kita yakin ada yang berminat untuk menteladani kita.
Biar apa orang hendak kata, aku capai sesuatu. Aku mesti akan "update" di laman sosial. Benar, biar kejayaan itu menjadi simpanan sendiri dan tidak perlu untuk dihebohkan. Saya setuju.
Tetapi, kebanyakan orang tiada niat lain selain daripada membuat ibu bapa mereka tersenyum apabila melihat anak mereka di laman sosial dengan status-status pencapaian dan kejayaan yang baik. Itu pasti membanggakan mereka.
Selebihnya, terpulang kepada pembaca kita. . .


BBM3410/18 : Keberkatan itu dinilai

Untung ada pensyarah yang memahami seperti ini. Hakikatnya, jangan mimpi. Realiti dunia sememangnya susah nak jumpa pensyarah berjiwa besar, kebanyakan mereka tidak faham situasi mahasiswa dan mereka lebih gemar untuk bandingkan dunia belajar mereka dahulu dengan dunia mahasiswa hari ini.
Zaman berubah. Penerimaan dan perkembangan mahasiswa juga berubah. Pensyarah disarankan buka lanskap untuk menyelami keadaan pelajar dan bukan hanya membuat andaian melalui pengalaman sendiri pada masa lalu.
Tapi itu lah, bukan mudah hendak nasihat warga akademik bertaraf "Dr Falsafah". Ego mereka tinggi. Tetapi hakikatnya, mereka sendiri faham keadaan pelajar cuma kebanyakan mereka lebih gemar memberikan sesuatu yang lebih mencabar kepada mahasiswa hari ini. Mereka juga manusia. Ada cara dan pendekatan mereka yang tersendiri.
Tetapi jangan hukum dan layan pelajar di universiti sama seperti sekolah menengah lagi. Kami sudah muak.
Sekilas pandangan cetek mewakili mahasiswa yang kerap lambat ke kelas tetapi dekan setiap sem :)
    




BBM3410/18 : MELAYU. . . Mati di tanah Melayu

Bukan pertikai. Bangsa lain bagaimana ? India ?
Lepas India, nanti etnik lain pula minta hak yang sama. Kalian suka mulakan. Dan minta kami Melayu terima. Bila bangsa lain minta perkara yang sama ? Dan apabila semua bangsa dapat apa yang mereka pinta nanti jadi macam tulisan jawi. Kalian juga yang kata sudah tak relavan.
Wabak seperti ini yang lama lama merebak. Singapore itu dekat. Sikit hari, jadi macam negara mereka. Melayu sembang duit dalam poket berdolar-dolar tetapi bangsa dan budaya mereka di curangi bangsa lain.
Bukan rasis. Kita Melayu bukan bangsa yang suka bergaduh malah dikenali sebagai bangsa yang paling santun di mata dunia. Tetapi kalau hendak ajak bergaduh, kita Melayu sedia untuk bergaduh.
Hei ! Dulu British bawa kalian ke Tanah Melayu. Kami tak berlawan dengan Cina dan India. Tetapi Melayu lawan British. Kalau British sendiri yang bawa kalian masuk ke sini pun kalah, ini pula kalian yang semakin hari semakin mencabar kedaulatan bangsa kami.
Maaf kasar, saya ada juga sahabat Cina dan India. Tetapi mereka sangat baik dengan Melayu. Jangan kerana pandangan ini, kita dilabel rasis.
Tiada lain. Hanya menasihati. Hang Tuah mungkin sudah ghaib, tetapi keris-keris dan gerak tari kepahlawanannya masih terselit di jiwa bangsa Melayu sehingga hari ini.
Warga Shah Alam. Nilai sendiri ðŸ˜Š
]


Gambar sekadar hiasan.
[ Luahan hati seorang Mahasiswa Pewaris Bahasa]

Thursday, November 8, 2018

BBM3410/18 : Luahan [Suci Dibenci]



Terkenangkan kehidupan aku dua tiga tahun kebelakangan ini sudah tentu aku bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri. Tentunya, terdapat banyak perkara yang ingin dikongsikan terutamanya kehidupan sebagai seorang pelajar.
Ada juga sekali dua, aku berdiri di hadapan cermin untuk melihat keadaan diri sendiri yang serba kekurangan. Tetapi tidak pernah sama sekali mengalir air mata konon kecewa melihat keadaan diri. Sama seperti orang lain, aku juga sedang mengalami proses kematangan dan perubahan.
Sebagai seorang pelajar, perkara yang paling manis dalam hidup aku di sini apabila aku mula diharapkan oleh orang lain. Bermakna orang lain percayakan kita. Tiada apa yang lebih manis daripada nikmat itu. Kepercayaan itu bukan hanya di bibir sahaja, aku sangat berterima kasih kepada mereka yang selalu usaha kuat untuk memberi perhatian dan ruang kepada aku untuk memajukan diri.
Hari ini, aku sudah selesai untuk tanggungjawab dan amanah sebagai pimpinan pelajar. Akhir-akhir ini, aku sering mengimbas kembali kenangan-kenangan dua tiga tahun kebelakangan ini. Bukan cerita manis sahaja, pasti ada gundah dan gulana juga.
Yang sedih apabila terkenangkan tekanan di dalam organisasi melibatkan "mulut-mulut" mereka yang gemar membuat tangapan sendiri dan membuat spekulasi tidak berasas. Isu paling menarik apabila ada yang melabelkan aku sombong. Tangapan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada kepimpinan aku dari awal penglibatan sehingga hari ini. Kebanyakan orang akan cakap, aku sombong. Allahu !
Pertama, aku sangat bersyukur dengan anugerah wajah ini. Terkadang orang yang tidak mengenali perwatakan sebenar disebalik wajah aku pasti akan cakap nampak sombong. Sebenarnya tidak. Aku terkadang rasa sungguh tidak adil apabila dilabelkan seperti itu. Sebab aku bukan jenis yang seperti itu.
Kalau dahulu, aku cukup sukar untuk berinteraksi dengan sahabat-sahabat sesama ahli di dalam organisasi kerana masing-masing tidak tahu ingin memulakan komunikasi. Aku tengok mereka tak tegur, aku sendiri tertanya-tanya kena tegur atau tidak. Berlarutan sehingga ada kelompok yang mula labelkan kita sombong. Sedih tetapi apa daya, aku bukan malaikat yang boleh tahu isi hati seseorang. Aku terima dan langsung tidak menghiraukan perkara itu. Cuma hari ini, terpanggil untuk nukilkan kisah ini.
Sombong ? Bukan itu sifat aku. Kadang tertanya-tanya, ada orang terasa ke dengan perbuatan kita ? Jawapan yang terbaik adalah pasti ada. Tambah-tambah kalau kita terlibat dengan organisasi dan lagi malang jika berjawatan tinggi. Lagi tinggi jawatan, lagi hina dan teruk dikecam orang. Bagi saya, itu lumrah. Tetapi, kena pada batang hidung sendiri maka aku pasrah.
Ha ha ha ha ! Pendek cerita, setiap manusia ada sifat dan perwatakan mereka yang tersendiri. Terkadang dengan satu kelompok diterima dan untuk kelompok mungkin tidak sesuai. Kadang satu kelompok meramalkan sifat kita seperti ini dan mungkin ada yang menjangkakan kita seperti itu.
Jika ingin ikutkan semua kehendak orang, aku sudah cuba yang terbaikuntuk menjaga hati semua orang. Aku tiada pendekatan lain untuk diambil bagi memberi yang lebih kepada orang lain. Hanya ini yang termampu.
Dahulu, punya nak jaga hati orang. Setiap kali "whatapp" dengan orang lain, dihujung ayat pasti aku letak "emoji" senyum. Sebab takut orang salah faham. Dan, salah faham adalah perkara yang paling aku takut dalam hidup aku. Malangnya, perkara itu yang selalu menghantui hidup aku selama hari ini. Aku cuma berdoa supaya biar terbiasa dan tiada hati yang akan terluka.
Salah faham ? Aku kalau bercakap sememangnya agak kuat sedikit, dan gemar menggunakan intonasi yang tinggi supaya dapat menyakinkan orang lain dengan apa yang aku ucapkan. Aku sendiri tiada kesempatan untuk fikirkan apa yang orang lain fikir. Bagi aku, ia lebih nampak bersemangat dan berkeyakinan. Apabila ada yang terasa, perkara seperti ini yang menyebabkan aku tawar hati untuk berjumpa sesiapa. Semuanya jadi salah.
Apabila semua ini berlaku, banyak perkara yang akan menjadi sukar. Terutamanya apabila membuat sesuatu perbincangan untuk perkara berbangkit. Kadang kita pertahankan dan mungkin kita suarakan dengan lantang demi mempertahankan hujah kita. Dua tiga tahun yang lalu adalah sangat sukar. Tetapi hendak bandingkan nikmat lain yang Allah beri, aku jauh lebih bersyukur dengan dugaan dan ujian kecil "mulut-mulut" orang ini. Ujian ini kecil sahaja jika dinilai dengan hati dan emosi, tetapi jika dinilai dengan matang serta diimbangi dengan kewarasan maka kita akan faham bahawa ini adalah hakikat dunia. Tiada satu orang yang diterima sepenuhnya oleh orang lain, pasti ada cacat dan celanya.
Akhirnya, aku cuma berharap ada sisi baik di mata mereka yang ada disekeliling aku. Aku sedikit tidak ada perasaan terluka kepada "mereka-mereka" yang selama ini menekan. Aku lebih positif  semua ini sebagai batu loncatan bagi aku memajukan diri.
uAku sayang semua



BBM3410/18 : [Ilmu Dicari Untuk Dikongsi, Bukan Semata Hiasan Untuk Dada Berisi]



Jangan ada niat hendak balas dendam pada orang yang selalu perlekeh kita HARI INI pada masa akan datang kalau kita BERJAYA !
Cuma nak pesan nanti, sebelum masuk pejabat saya, ketuk pintu dahulu. Bukan belagak, tetapi nak ubah orang tak semestinya melalui perkataan mungkin boleh cuba melalui perbuatan !
Biar mereka belajar hormat, tak kira siapa pun kita atas dunia ini. Mereka ingat mereka siapa, pandang rendah pada semua orang terutamanya "budak muda" yang baru nak kenal dunia". Memalukan !
Betul, orang yang selalu kita buruk-burukan dan konon kita tak suka dia HARI INI tak pasal-pasal, pasti suatu hari nanti Allah akan temukan kembali dia dengan kita semula. Berbaik sahaja semua, kenapa perlu iri hati sesama manusia. Cis !
Paling teruk, kita tak boleh nak elak pun bila Allah dah uji kita nanti dengan cara itu. Kalau aku, buat apa hidup macam itu. Susah susah nak fikir. Nak berhadapan dengan orang yang kita tak suka, dia salah apa ? Memang dia bersalah ke ? Ke anggapan sahaja ? Atau cemburu dengan perhatian orang lain terhadap dia ? Tak kisah, persoalan ? Kenapa perlu hidup suka orang ini, suka orang itu ? Faham tak, senario tersebut bagi kesan buruk pada orang yang dicemuh ? Mungkin dah biasa hidup dari kecil mencemuh dan aibkan orang, jadi bila dah besar tak boleh nak letak diri sendiri di tempat orang yang selalu diburuk-burukan. Ya Allah, berubah lah !
Jadi, cakap siang pandang-pandang. Hari ini dia budak, tambah pula konon masih hingusan lagi. Nanti belum tahu, panjang umur pasti bersua. Pasti !
Masalahnya, mereka dulu lahir muda juga, bukan bersalin terus dapat masuk universiti. Diikhtiraf genius ke ? Hari ini, semua kita buat konon salah, alasan utama tak lain dan tidak bukan sebab tiada pengalaman. Tak habis-habis konon budak muda malas dan tidak pandai membawa diri. Sudahlah dengan retorik kuno itu, 2018 gais !
Ini biasa dan mesra disebut lumrah, saya tidak sakit hati langsung. Bagi saya, orang buat kebaikan dibalas dengan kebaikan. Itu perkara biasa !
Tetapi, sesekali cuba teknik orang berjaya dengan mengamalkan cara orang beri racun, kita balas madu. Dia bagi satu titik racun untuk matikan sel kita, kita pulangkan madu kepada dia supaya boleh rawat penyakit hati dia. Kejahatan dibalas dengan kebaikan. Itu kemuliaan. Tak ramai orang boleh buat. Sembang boleh !
Orang tak suka kita hari ini, tidak bermakna kelam seribu tahun masa depan kita nanti. Lagi ramai orang tak suka kita, lagi besar perjuangan kita. Tenang. Terus buat kebaikan. Sebab kita hidup untuk itu, untuk buat benda baik !
Kadang orang benci dan tak suka pada kita bukan sebab apa, cuma mereka tahu yang mereka tak boleh dapat dan jadi macam kita. Simple !
Tenang gais, jangan fikir banyak. Kehidupan wajar diteruskan juga dan pedulikan apa orang suka atau tidak !
Kita hidup bukan untuk MEREKA ðŸ˜Š



BBM3410/18 : [Dia Yang Bernama Along]


Sesekali pulang ke kampung halaman bagai tidak percaya apabila melihat saudara-saudara aku sudah meningkat dewasa. Aku sulung dan mempunyai 4 orang lagi puteri dan putera bersama dengan aku, sekali membesar.
Pantas masa berlalu, dulu ada yang masih bertatih, ada yang masih ternganga dan mungkin masih ada yang tidak lagi pandai membaca dan menulis. Tetapi hari ini, mereka semua sudah pandai menyebut dan memanggil aku sebagai "Along". Cepat masa berlalu, bagaikan lena di ulit intan mimpinya.
Along bukan indah sekadar nama. Selepas selesai urusan kedua ibu bapa aku membesarkan mereka sudah pasti menjadi tanggungjawab aku untuk meneruskan bakti mengatur corak
kehidupan mereka. Itu tanggungjawab Along. Along bukan sekadar nama. Besar tanggungjawab menjadi seorang Along.
Hari ini aku bersyukur, biarpun pencapaian hidup aku hanya sederhana. Tetapi mereka terlalu menjadikan aku inspirasi dan teladan. Aku sudah berjaya menjadi Along, tetapi adakah cukup sekadar itu untuk sempurna menjadi Along ? Tidak semudah itu. Aku perlu karier pekerjaan yang baik supaya dapat bantu dan makbulkan permintaan mereka kelak. Aku tak nak mereka susah, minta itu takdapat, minta ini takdapat. Tidak pernah aku rungut bila mana permintaan aku dahulu tidak pernah di penuhi kerana keluarga tidak mampu. Hari ini, aku mampu. Aku akan tamat belajar dan akan beri apa yang mereka mahu. Apa sahaja.
Aku selalu kata kepada sahabat aku, " Kalau kita hidup sekadar ingin mengubah diri sendiri, cukup sekadar belajar di SPM dan berkerja, tetapi jika ingin ubah keluarga, kena capai tahap yang jauh lebih baik supaya ada tempat dan ruangan yang baik nanti pada masa akan datang". Kena usaha lebih. Kerja lebih dan atur hidup sebaik mungkin. Jika hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, jika kerja sekadar kerja, kera dihutan juga berkerja. Renungkan.
Tak lama lagi aku akan cari pekerjaan dan bersungguh. Aku nak ubah keluarga. Kehidupan Along bukan yang utama. Kehidupan kita yang utama. Along berjaya dan senang macam mana sekali pun, Along tetap akan berhenti dan toleh kepada adik-adik serta keluarga. Ini tanggungjawab Along.
Along hendak, kalian berjaya macam Along. Kita miskin. Kita tiada kemampuan. Benar, tapi semangat kita, usaha kita. Tiada siapa boleh ubah melainkan kita. Along sudah buktikan sesuatu, jika adik-adik Along takut hendak berhadap dengan dunia, biar Along yang pergi seorang diri. Along tak kan mati, selagi adik-adik Aling belum puas menikmati.
Hari ini, sesuatu yang baik akan datang kepada keluarga kita. Tiada lagi sindiran, masyarakat sudah mula melihat. Mereka konon lebih tahu dan menghina kedua ibu bapa kita yang konon tidak pandai mendidik. Hari ini, Along buktikan, manjakan anak bukan solusi sebenar untuk buat anak berjaya dalam karier hidup mereka. Biar orang kampung hina keluarga kita, itu dan ini. Hari ini, mereka boleh nilai dan lihat hasil anak beranak mereka. Berhenti bercakap. Jaga kain sendir, jangan sibuk buka aib orang. Adik-adik Along. Takperlu layan dan cakap apa apa. Along sudah buktikan, percaya satu perkara. Dengan kejayaan ini, mereka hari ini hendak bertentang mata dengan kita pun belum tentu berani. Tetapi jangan pula kita angkuh dan riak dengan nikmat ini, kekal bersederhana seperti mana yang sudah mama papa ajarkan kepada kita. Along akan sentiasa ada, jangan menangis kerana cinta tetapi bersuka ria lah kalian sebab Along akan sentiasa ada. Sentiasa ada sebab Along kan Along...Pasti ada !
Untuk Angah, belajar elok-elok di USAS. Sama juga dengan Acik yang baru selesai belajar di Kolej swata di Kajang, Uda Loqman baru selesai UPSR, dan Abang Qhais yang merupakan hero Along.
Walaupun umur kita mempunyai jurang yang jauh, tetapi kemesraan ini merupakan tenunan kasih yang tidak terperi. Kasih Along dalam, cinta Along tidak terhingga. Along bahagia, masih ada adik-adil tercinta dan kedua ibu bapa yang tidak berhenti tersenyum melihat anak-anaknya semua berjaya.
Terima kasih Along 






Wednesday, October 24, 2018

BBM3410/18: Inspirasi Kejayaan Hakiki

RASA TIDAK ADIL BUKAN JIKA ANDA YANG TELAH BERTAHUN-TAHUN LAMANYA MENCURAHKAN BAKTI KEPADA MAJIKAN MASIH KEKAL SEBAGAI KAKITANGAN BIASA. SEMENTARA ADA PULA DI KALANGAN RAKAN-RAKAN YANG SEUSIA, BAHKAN ADA YANG LEBIH MUDA MEMILIKI KARIER YANG HEBAT ?

Cemburu bukan ? Tidak salah jika anda berasa iri hati  tetapi lebih baik jangan dipendam. Jadikan ia sebagai pemacu untuk anda menjadi seorang yang lebih bersemangat.  Tanamkan juga dalam diri anda bahawa jika mereka boleh, sudah tentu anda juga boleh.

Jadi, APA PERSEDIAAN KITA ?

1. Tampil dengan cara yang BERBEZA, kerana tidak mudah untuk meraih posisi di atas. Anda harus berani bersaing dan harus mempunyai kemampuan diri sendiri.

2. Bijak mengawal TEKANAN kerana seorang individu pasti tidak lepas dari tekanan, apatah lagi beban tugasan yang diserahkan kepada anda. Mungkin mustahil untuk anda menghindari tekanan tetapi anda boleh mencari jalan untuk melegakan tekanan.

3. Bersemangat untuk KALAHKAN DIRI SENDIRI kerana, "semakin tinggi pokok, semakin kuat angin menerpa". Begitu lumrah dunia juga. Semakin anda berusaha untuk mencapai kejayaan, semakin banyak halangan. Kena kuat dan bijak untuk mencintai diri sendiri serta menghargai kemampuan.

4. Berani untuk TETAPKAN SEMANGAT  diri kerana kita tidak mahu jika kejayaan yang diraih hanya bertahan untuk seketika maka kita harus mempunyai strategi untuk mempertahankan kejayaan anda.

Hadam. Anda akan BERJAYA 😊

BBM3410/18: Kenali Sejarah

Mungkin ada di antara generasi baharu yang menyambut merdeka pada zahirnya sahaja, sedang­kan jiwanya kosong. Langsung tiada memberi makna. Sebabnya, mereka tidak menjiwai sejarah negara. Maka, generasi hari ini perlu di­semai pengetahuan sejarah yang asas. Tidak perlu kita bercakap soal gagasan Malayan Union, soal Perlembagaan Negara, Akta 153, kontrak sosial dan sebagainya. ­Tiada memberi makna. Sebab yang ASAS PUN MEREKA TIDAK TAHU !

Kepada rakyat jelata, sejarah bermaksud apa jua peristiwa, termasuk pe­ninggalan, penemuan, kejayaan, kegagalan, kesedihan, kesilapan, percakapan, perjanjian, keputusan dan sebagainya yang berlaku terdahulu yang telah atau ada direkodkan adalah termasuk di dalam lipatan erti kata sejarah. Ia boleh dicari dan dirujuk semula oleh generasi berikutnya. Itulah sejarah yang kita sebagai orang kampung memahaminya.

Bagi orang lama, tidak ada terma sejarah dari kaca mata peme­rintah atau sebagainya. Tetapi pada hari ini, sejarah dalam definisi aplikasi sosial masyarakat moden, mereka mahu melihat sejarah daripada beberapa sudut. Seperti dari kaca mata pemerintah, pembangkang, mengikut kaum, mengikut negeri dan juga negara. Namun demi­kian, mereka sepatutnya akur dan faham bahawa sejarah yang berlaku di dalam negara ini bukanlah ditulis oleh sembarangan orang. Ia dikumpul dan disemak serta ditulis oleh mereka yang benar-benar arif dalam bidang ini. Mereka boleh dilabelkan ustaz atau ustazah dalam bidang sejarah. Oleh yang demikian, persoalan sejarah mahu dilihat dari kepelbagaian sudut ini tidak harus ditimbulkan sama sekali.

Sama seperti "tocang" rambut saya. Diluar kawasan mungkin ramai yang berasa tidak bersesuaian dengan mata masyarakat. Tetapi, kalau di sini mereka pasti tahu SEJARAHNYA !

Bina identiti sendiri.....

Wednesday, October 17, 2018

BBM3410/18 : Simpulan Bahasa dan Pengkaji Bahasa

Kami ditugaskan untuk memilih 10 simpulan bahasa. Seterusnya mengambil gambar yang menunjukkan makna peribahasa tersebut. Dengan ilmu bahasa yang penuh didada berserta bakat fotografi di jiwa, kami selesaikan tugasan ini dengan jayanya. Dalam ruangan ini, aku kongsikan sedikit hasil yang diperolehi. Nak lebih-lebih takboleh, tunggu pembentangan dekat kelas nanti. Hehe

Jika anda pencinta bahasa, sila teka gambar dibawah membawa makna perbahasa apa :)