Sesekali pulang ke kampung halaman bagai tidak percaya apabila melihat saudara-saudara aku sudah meningkat dewasa. Aku sulung dan mempunyai 4 orang lagi puteri dan putera bersama dengan aku, sekali membesar.
Pantas masa berlalu, dulu ada yang masih bertatih, ada yang masih ternganga dan mungkin masih ada yang tidak lagi pandai membaca dan menulis. Tetapi hari ini, mereka semua sudah pandai menyebut dan memanggil aku sebagai "Along". Cepat masa berlalu, bagaikan lena di ulit intan mimpinya.
Along bukan indah sekadar nama. Selepas selesai urusan kedua ibu bapa aku membesarkan mereka sudah pasti menjadi tanggungjawab aku untuk meneruskan bakti mengatur corak
kehidupan mereka. Itu tanggungjawab Along. Along bukan sekadar nama. Besar tanggungjawab menjadi seorang Along.
kehidupan mereka. Itu tanggungjawab Along. Along bukan sekadar nama. Besar tanggungjawab menjadi seorang Along.
Hari ini aku bersyukur, biarpun pencapaian hidup aku hanya sederhana. Tetapi mereka terlalu menjadikan aku inspirasi dan teladan. Aku sudah berjaya menjadi Along, tetapi adakah cukup sekadar itu untuk sempurna menjadi Along ? Tidak semudah itu. Aku perlu karier pekerjaan yang baik supaya dapat bantu dan makbulkan permintaan mereka kelak. Aku tak nak mereka susah, minta itu takdapat, minta ini takdapat. Tidak pernah aku rungut bila mana permintaan aku dahulu tidak pernah di penuhi kerana keluarga tidak mampu. Hari ini, aku mampu. Aku akan tamat belajar dan akan beri apa yang mereka mahu. Apa sahaja.
Aku selalu kata kepada sahabat aku, " Kalau kita hidup sekadar ingin mengubah diri sendiri, cukup sekadar belajar di SPM dan berkerja, tetapi jika ingin ubah keluarga, kena capai tahap yang jauh lebih baik supaya ada tempat dan ruangan yang baik nanti pada masa akan datang". Kena usaha lebih. Kerja lebih dan atur hidup sebaik mungkin. Jika hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, jika kerja sekadar kerja, kera dihutan juga berkerja. Renungkan.
Tak lama lagi aku akan cari pekerjaan dan bersungguh. Aku nak ubah keluarga. Kehidupan Along bukan yang utama. Kehidupan kita yang utama. Along berjaya dan senang macam mana sekali pun, Along tetap akan berhenti dan toleh kepada adik-adik serta keluarga. Ini tanggungjawab Along.
Along hendak, kalian berjaya macam Along. Kita miskin. Kita tiada kemampuan. Benar, tapi semangat kita, usaha kita. Tiada siapa boleh ubah melainkan kita. Along sudah buktikan sesuatu, jika adik-adik Along takut hendak berhadap dengan dunia, biar Along yang pergi seorang diri. Along tak kan mati, selagi adik-adik Aling belum puas menikmati.
Hari ini, sesuatu yang baik akan datang kepada keluarga kita. Tiada lagi sindiran, masyarakat sudah mula melihat. Mereka konon lebih tahu dan menghina kedua ibu bapa kita yang konon tidak pandai mendidik. Hari ini, Along buktikan, manjakan anak bukan solusi sebenar untuk buat anak berjaya dalam karier hidup mereka. Biar orang kampung hina keluarga kita, itu dan ini. Hari ini, mereka boleh nilai dan lihat hasil anak beranak mereka. Berhenti bercakap. Jaga kain sendir, jangan sibuk buka aib orang. Adik-adik Along. Takperlu layan dan cakap apa apa. Along sudah buktikan, percaya satu perkara. Dengan kejayaan ini, mereka hari ini hendak bertentang mata dengan kita pun belum tentu berani. Tetapi jangan pula kita angkuh dan riak dengan nikmat ini, kekal bersederhana seperti mana yang sudah mama papa ajarkan kepada kita. Along akan sentiasa ada, jangan menangis kerana cinta tetapi bersuka ria lah kalian sebab Along akan sentiasa ada. Sentiasa ada sebab Along kan Along...Pasti ada !
Untuk Angah, belajar elok-elok di USAS. Sama juga dengan Acik yang baru selesai belajar di Kolej swata di Kajang, Uda Loqman baru selesai UPSR, dan Abang Qhais yang merupakan hero Along.
Walaupun umur kita mempunyai jurang yang jauh, tetapi kemesraan ini merupakan tenunan kasih yang tidak terperi. Kasih Along dalam, cinta Along tidak terhingga. Along bahagia, masih ada adik-adil tercinta dan kedua ibu bapa yang tidak berhenti tersenyum melihat anak-anaknya semua berjaya.
Terima kasih Along
No comments:
Post a Comment