Mama telefon tanya " Bila Along nak balik?". Kesian mama papa, Along lama tak balik. Sibuk dekat UPM. Dengan dunia belajar. Dengan kerja sambilan. Mama papa ambil aku di UPM, bawa jalan-jalan sampai ke Legoland :) Seronok. Siapa tak seronok kan ? Habiskan masa disamping keluarga tercinta.
Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia. Selain daripada taman tema ini, tarikan yang bertemakan Lego dibina berdekatan dengan kawasan ini. Seterusnya, taman tema air Lego adalah projek yang dibuka pada pertengahan tahun 2013 dan juga Legoland Hotel. Hotel ini juga merupakan yang pertama di Asia apabila pembukaannya bermula pada separuh pertama tahun 2014. Hotel tersebut dibina di bawah perjanjian pengurusan di antara syarikat. LL Themed Hotel Sdn. Bhd. merupakan syarikat usahasama yang dimiliki oleh Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. dan Iskandar Harta Holdings Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment