Kadang kita tunjuk bukan sebab menunjuk. Kebanyakan orang kurang keyakinan untuk menasihati orang dan terkadang akan ada rasa macam, "berjaya sangat ke aku sampai aku nak ajar semua orang macam mana nak hidup serta berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi". Benar, tiada niat lain. Ini fungsi positif laman sosial.
Sama sekali jauh dari riak dan takbur. Itu hanya perkataan dan tomahan dari mereka yang dengki akan kejayaan dan pencapaian seseorang. Padahal, kita hanya ingin menjadi INSPIRASI kepada orang lain dan mungkin ada yang berminat dengan susunan jalan cerita hidup kita. Maka, mereka akan komen dan bertanya. Dan, melalui itu juga kita sendiri yakin hendak berkongsi kerana kita yakin ada yang berminat untuk menteladani kita.
Biar apa orang hendak kata, aku capai sesuatu. Aku mesti akan "update" di laman sosial. Benar, biar kejayaan itu menjadi simpanan sendiri dan tidak perlu untuk dihebohkan. Saya setuju.
Tetapi, kebanyakan orang tiada niat lain selain daripada membuat ibu bapa mereka tersenyum apabila melihat anak mereka di laman sosial dengan status-status pencapaian dan kejayaan yang baik. Itu pasti membanggakan mereka.
Selebihnya, terpulang kepada pembaca kita. . .
No comments:
Post a Comment