Followers

Wednesday, October 24, 2018

BBM3410/18: Kenali Sejarah

Mungkin ada di antara generasi baharu yang menyambut merdeka pada zahirnya sahaja, sedang­kan jiwanya kosong. Langsung tiada memberi makna. Sebabnya, mereka tidak menjiwai sejarah negara. Maka, generasi hari ini perlu di­semai pengetahuan sejarah yang asas. Tidak perlu kita bercakap soal gagasan Malayan Union, soal Perlembagaan Negara, Akta 153, kontrak sosial dan sebagainya. ­Tiada memberi makna. Sebab yang ASAS PUN MEREKA TIDAK TAHU !

Kepada rakyat jelata, sejarah bermaksud apa jua peristiwa, termasuk pe­ninggalan, penemuan, kejayaan, kegagalan, kesedihan, kesilapan, percakapan, perjanjian, keputusan dan sebagainya yang berlaku terdahulu yang telah atau ada direkodkan adalah termasuk di dalam lipatan erti kata sejarah. Ia boleh dicari dan dirujuk semula oleh generasi berikutnya. Itulah sejarah yang kita sebagai orang kampung memahaminya.

Bagi orang lama, tidak ada terma sejarah dari kaca mata peme­rintah atau sebagainya. Tetapi pada hari ini, sejarah dalam definisi aplikasi sosial masyarakat moden, mereka mahu melihat sejarah daripada beberapa sudut. Seperti dari kaca mata pemerintah, pembangkang, mengikut kaum, mengikut negeri dan juga negara. Namun demi­kian, mereka sepatutnya akur dan faham bahawa sejarah yang berlaku di dalam negara ini bukanlah ditulis oleh sembarangan orang. Ia dikumpul dan disemak serta ditulis oleh mereka yang benar-benar arif dalam bidang ini. Mereka boleh dilabelkan ustaz atau ustazah dalam bidang sejarah. Oleh yang demikian, persoalan sejarah mahu dilihat dari kepelbagaian sudut ini tidak harus ditimbulkan sama sekali.

Sama seperti "tocang" rambut saya. Diluar kawasan mungkin ramai yang berasa tidak bersesuaian dengan mata masyarakat. Tetapi, kalau di sini mereka pasti tahu SEJARAHNYA !

Bina identiti sendiri.....

No comments:

Post a Comment