BBM 3410/18 : VIDEO ONE SHOT
HAI SEMUA TEMAN-TEMAN TAPI MESRA !
Asalamualaikum. Hari ini aku nak kongsi sedikit kisah tugasan yang baru-baru ini aku selesaikan. Beberapa minggu yang lalu, kami diminta oleh pensyarah untuk menyediakan video dengan menggunakan beberapa teknik seperti :
1. ONE SHOT
Untuk menghasilkan video dengan menggunakan teknik ini maka Kumpulan TADAA telah memilih lagu Seminggu Berhari Raya nyanyian Senario. Disebabkan lagu itu mempunyai lirik yang mantap dengan jalan cerita maka ia memudahkan kumpulan kami untuk melakonkan semula kesemua pergerakan dan jalan cerita bagi setiap minit video tersebut. Pemilih pakaian juga dipengaruhi oleh lagu ini kerana tema "beraya" amat sinonim dengan menetapkan kesemua pelajar di dalam kumpulan kami untuk memakai baju tradusional sahaja. Video kami mendapat pujian daripada Prof. Normaliza kerana dikatakan lebih unik dan bijak dari segi susunan pembikinan video ini. tempat yang dipilih juga menarik kerana kami telah memilih Rumah Contoh, di Muzium Warisan Melayu bagi menaikkan suasana raya tersebut. Tambahan lagi, video ini diambil secara statik dan tidak dibenarkan untuk mengawal rakaman kamera. Pelajar-pelajar perlu memilih watak penyanyi yang akan membuat alih suara.Kami beruntung kerana lagu ini mempunyai lima orang penyanyi dan memudahkan kami untuk membuat penetapan bagi sesiapa sahaja yang ingin menjadi penyanyi.
Pengalaman yang hebat dan ilmu yang sangat baik untuk dikongsi pada semua.
Kami bertuah !
2. ONE SHOT TWO LAYER
Kali ini, ia agak berbeza kerana "two layer" merupakan teknik di mana pelakon juga perlu membuat alih suara dengan bernyanyi. Untuk video ini kami telah memilih lagu Bobo Di Mana nyanyian Dato Seri Alif Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna. Lagu ini pernah menjadi kontroversi di Malaysia dan kami cuba memurnikan semula lagu ini dengan merubah konsep kepada bentuk dakwah yang positif. Untuk lagu ini, watak utama adalah Hanif dan Shuhada yang merupakan pelakon dan ada di suatu rangkap mereka akan menyanyi dengan gaya "rap". ini merupakan teknik yang dimaksudkan. pelajar yang lain hanya menjadi watak tambahan dan memeriahkan suasana di dalam video. Pecahan tugas dibelakang tabir telah diberikan kepada mereka yang memegang watak yang lebih ringan. Suntingan dan penambahbaikan telah dilakukan secara bersama dan telah menghasilkan video yang sangat baik.
Kami amat berpuas hati kerana sekali lagi video kami mendapat pujian daripada Prof. yang amat tertarik dengan tarian dakwah kami jauh lebih baik mdan murni.
3. ONE SHOT THREE LAYER
Video kali ini jauh lebih mencabar kerana memerlukan lapisan ketiga. lapisan pertama melibatkan lakonan, kedua melibatkan nyanyi dan ketiga latar tempat yang memainkan peranan seperti pokok bergoyang ditiup angin atau sebagainya yang bersesuaian. Kali ini, kami telah memilih lagu Memori Tercipta nyanyi Shila Hamzah. Lokasi pergambaran yang paling sesuai adalah di Bukit Ekspo kerana banyak kawasan menghijau yang menenangkan mata. penghasila video in telah banyak menerapkan elemen-elemen mengejutkan serti Atiqah memakai pakaian arnab yang comel, Solihin berkaca mata dan pastinya watak Husin yang sentiasa dinanti-nantikan.
Ilmu dan pengetahuan bagi teknik-teknik ini amat berguna kepada kami dan ia amat membantu dalam proses akan datang. Kami sangat bersyukur dengan kelas ini dan amat berharap dapat mempraktikan tugasan ini pada masa akan datang dalam dunia pekerjaan yang sangat mencabar nanti.
Terima kasih Prof. Normaliza !
No comments:
Post a Comment