Kalau dahulu semasa ingin menyambung pelajaran ke tahap ijazah sarjana muda, aku perlukan RM2400 untuk itu.
Aku masih ingat keadaan keluarga aku ketika itu, susah dan mengalami masalah kewangan. Tetapi, kepintaran kedua ibu bapa aku ketika itu telah menyelesaikan isu kewangan itu dengan begitu baik sekali sehingga aku berjaya berdaftar diri di UPM.
Selesai berkaitan yuran pendidikan, aku terhimpit pula dengan masalah untuk sara diri di UPM.
Aku masih ingat, keluarga hanya mampu membelikan "selimut dan bantal kepala" sahaja untuk aku. Tiada sehelai baju mahupun seluar untuk semestar pertama aku di UPM. Tidak pernah aku keluh. Bagi aku, itu sudah memadai. Untuk pengetahuan papa dan mama, Along sehingga hari ini, masih pakai bantal dan selimut yang sama. Sehingga hari ini. Along yakin, kerana itu berkat kehidupan di sini.
Tahun pertama di sini, sambil melihat sahabat lain yang mewah dan berada, lengkap dengan pakaian baru dan komputer riba setiap seorang. Tetapi aku, tiada kemampuan. Meminjam dengan sahabat lain dahulu, kadang rasa begitu menganggu mereka. Aku letih dan tidak suka hidup bergantung dengan hak orang. Aku kena cari jalan !
Aku nekad untuk bekerja sambilan. Untuk membeli sebuah komputer riba yang merupakan bagi kelengkapan akademik terpenting aku di sini. Benar, di sini semua pelajar perlu dan wajib menggunakan sistem online. Jika tiada komputer riba, kita akan sangat ketinggalan. Jadi, aku nekad untuk itu !
Aku terkenangkan kehidupan aku di sini. Aku masih ingat. Kalau dulu, aku hanya kelas setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat sahaja. Manakala kelas lain, aku akan "skip" sesuka hati sahaja. Nasib aku baik kerana pensyarah tidak pernah mempersoalkan kenapa aku kerap tidak hadir ke kelas.
Kebanyakan rakan kelas juga sudah mula melabelkan aku sebagai "budak yang malas dan bermasalah". Hakikatnya, aku pergi kerja sambilan dari pukul 7 malam sehingga pukul 4 pagi di Danau Kota membantu sahabat disana menjual kasut. Alahai datang jual-jual je kan ? Kepala hotak, aku persilakan ke Danau Kota. Buka satu conopy je untuk aku, aku nak tengok kalau korang kata senang. Jangan cakap kosong dengan aku !
Aku masih ingat tetapi tidak berdendam. Di kolej, sahabat #MTM siap hina aku lagi masa itu, mereka sangat marah kerana aku tidak hadir untuk persediaan minggu perkasa putra semasa aku memegang jawatan Naib Presiden. Aku tahu mereka buat perjumpaan semata-mata nak hina dan burukan nama aku, tetapi kuasa Allah jauh lebih besar. Tahun berikutnya, aku adalah Presiden. Mana mereka yang konon HARAPAN KOLEJ, mana ? Sampah !
Kalian tidak tahu apa yang aku lalui, nak makan susah, nak simpan duit ! Korang tak tahu sialan ! Aku bagitahu felo, aku kerja. Mereka maklumkan kepada kalian. Apa yang susah nak faham ? Ouhhhh aku tahu, kalian mudah hidup. Tiada duit merengek dan minta duit pada keluarga. Senang ! TETAPI aku bukan budak seperti itu !
Demi mencari kewangan untuk menampung perbelanjaan harian dan menyimpan duit untuk sebuah komputer riba. Aku akan ke Danau Kota, aku tiada orang lain, mereka tempat aku mengadu kasih. Mereka beri aku makan. Beri aku kerja. Beri aku duit. Untuk bantu aku hidup di Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia. Terima kasih kawan-kawan terutamanya Abang Nasir. Bagi rumah untuk tidur dan rehat, kerja dan banyak nikmat lagi. Ya Allah ! Terima kasih.
Bukan mudah, tanpa mereka aku awal-awal lagi sudah gagal. Jika aku tiada kelas dulu, aku akan ke Danau Kota. Menaiki bas dari kolej kediaman ke fakulti. Tunggu bas semula untuk ke KTM Serdang. Tunggu lagi, untuk ke KL Sentral. Tiba di KL Sentral, menaiki kereta api sekali lagi untuk ke Taman Melati. Dan, tiba di Taman Melati, aku akan menaiki teksi untuk ke Danau Kota.
Ya Allah, hampir setahun aku hidup seperti itu demi menyara kehidupan. Sehingga aku kenal seorang gadis, Atiqah Che Ismail. Dia hadir bagai sebuah "balasan rezeki Allah" kepada aku. Aku yakin ini balasan terbaikuntuk aku selepas penat lelah aku selama ini. Segala kesusahan aku alami selama aku di UPM seakan terus berubah sekelip mata.
Sejak aku mengenali dia, aku mula ingin buktikan sesuatu di dalam aspek kepimpinan, aku lebih yakin, IQ aku lebih matang untuk membuat pertimbangan dan ternyata aku berjaya buktikan kepada dia sehingga aku di anugerahi Anugerah Kepimpinan Terbaik.
Hari kelahiran aku yang lalu, dia berikan aku sebuah kereta, niat dia hanya satu iaitu untuk memudahkan aku untuk pergi kerja dan pergi ke mana-mana bagi urusan kepimpinan. Keluarga aku hanya ada kereta meniaga sahaja, ibu bapa aku hantar sekali sahaja ke UPM, hampir tiga tahun aku disini, mereka tidak pernah hadir kerana masalah pengangkutan. Itu kenangan terindah saat mereka menghantar aku ke sini dahulu. Aku tidak sedih, aku faham keadaan mereka. Sebab itu, aku usaha kuat di sini. Kerana banyak benda perlu diubah. Itu tanggungjawab aku !
Dia bagaikan malaikat di dalam hidup aku. Dia rangsang dan bantu aku dalam akademik, dari pelajar biasa aku capai tahap dekan di dalam kelas. Dia jadikan aku lelaki yang hampir sempurna. Datang dan beri semangat setiap kali aku menyertai sukan kolej. Hadir setiap majlis, dan sentiasa menjadi air untuk memadamkan amarah dan baran aku ketika aku berhadapan dengan kesulitan. Dia makhluk paling istimewa dan sempurna. Dia Atiqah Che Ismail.
Kembali kepada kisah yang ingin di sampaikan, hari ini aku sudah tahun terakhir. Tidak lama lagi aku akan ditauliahkan. Tetapi, aku berniat untuk menyambung pelajaran ke tahap Sarjana dan Phd. Kerana aku yakin dengan prestasi akademik dan ruangan masa depan untuk matlamat ini.
Malangnya, sekali lagi aku berhadapan dengan isu kewangan. Perbelanjaan untuk menampung yuran pertama adalah sangat tinggi. Melibatkan hampir tiga ribu ringgit Malaysia.
Aku terduduk sambil memikirkan apakah solusi terbaik untuk ini ?
Bekerja ? Cari tajaan ? Simpan duit sebelum November ? Sempat ?
Aku terdiam lagi, dan hanya mengumpul semangat untuk bekerja sambilan semula. Aku dibesarkan dengan cara itu. Aku tak mahu bebankan keluarga, ini hidup aku. Biar aku usaha. Adik-beradik aku terlalu ramai untuk mereka jaga dan tanggung. Cukup untuk itu.
Melihat kembali sahabat-sahabat. Mereka juga susah. Apabila melihat sosok "wakil rakyat" yang boleh membantu, aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu memulakan komunikasi dengan mereka seperti mana.
Sebab, aku meminta untuk aku, kalau aku meminta-minta untuk orang lain, aku lebih tahu caranya. Aku tahu mereka membaca, jika mereka buat "gelap mata", tidak pula aku kecewa dan gundah gulana. Jika mereka bertanya, nescaya aku rela bercerita dan rela mengemis serta meminta.
Tetapi, tidak perlu aku ulas panjang permintaan ini. Mereka lebih tahu kondisi keluarga aku dan prestasi aku, jika mereka lebihkan orang yang tak "sepatutnya" dan ada "tajaan" tetapi dirahsiakan . Aku tiada masalah untuk itu. Jangan pilih kasih.
Jika tiada, katakan tiada.
Akhir kalam, jika tidak kena cara, ampun maaf terus dipinta. Ini hanya mukadimah pembuka bicara. Jika benar tidak dapat membantu apa-apa, mohon ajar aku untuk merujuk ruangan itu ada dimana.
Jika kalian berasa ini nukilan biasa, boleh gelapkan mata dan teruskan kehidupan seperti biasa. Aku sendiri pandai untuk berusaha, tetapi jikalau ada jangan panjang tangan mengambil yang bukan hak kita.
Muhammad Ikhmal Shaffiq
Pelajar
Pelajar
No comments:
Post a Comment