Followers

Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18: Safari Lepaking

Minggu yang lalu saya berkesempatan untuk menyertai sebuah lawatan ringkas yang dianjurkan oleh sekolah rendah anak saudara saya ke Gambang Safari Park. Berbeza dengan tugasan sahabat kelas yang lain di mana mereka perlu untuk menghadiri Pesta Makanan di FBMK UPM dan diminta oleh pensyarah untuk mengambil  gambar kawasan sekitar. Ternyata tugasan saya telah ditukar untuk mengambil gambar istimewa semasa berada di Safari Park Gambang. Ia amat menarik dan membuatkan tugasan saya jauh lebih menghairahkan.




Kami mula bertolak seawal pagi untuk ke Gambang, semasa perjalanan ke sana kami sempat singgah di Petrosains yang terletak di Perpustakaan Awam, Pahang. Semasa di sana, kami sempat menikmati teknologi-teknologi terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang banyak perkara baru. Saat sedang bergembira membawa anak saudara melihat kawasan sekitar, tiba-tiba saya teringat nostalgia zaman kanak-kanak dahulu. Saat paling berharga zaman kanak-kanak adalah sewaktu rombongan. Ya Allah seronoknya. Naik bas. Berjalan sakan. Dan lihat perkara baru. Itu lah nikmat dunia semasa zaman kanak-kanak. Beruntungnya saya dapat menikmati suasana ini lagi sewaktu umur dewasa ini.

  

Perjalanan diteruskan, selesai Zohur kami bergerak terus ke Gambarng Safari Park, Pahang. Suara keriangan adik-adik rombongan semakin rancak. Ada yang tidak rehat dan tidur di dalam bas kerana terlalu teruja. Mana mungkin tudak teruja, saya sendiri rasa tak sabar. Kami semakin hampir, tiba sahaja kami di sana. Anak pelajar tahun 1 sudah siap sedia untuk beratur untuk turun dari bas. Semua teruja. Mari saya sajikan gambar kami di sana. Biar gambar yang membicara.... Saksikan !

  

  

No comments:

Post a Comment