Followers

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : Disebalik Tabir Pembikinan (Flatlay) 📸

Ilmu lama yang baru diketahui. Prof beri tugasan yang selama ni aku selalu ambil gambar cara tu, tapi tak tahu apa nama. Tugasan minggu ni, kami kena ambil 4 jenis Flatlay yang berbeza-beza. Setiap jenis Flatlay mesti ada 5 Gambar dari 5 produk yang berbeza tema. Sukar difahami bukan? 🤔 Haha Tapi takpe. Apa yang menyedihkan, kami diberi masa satu jam setengah sahaja. Kelam kabut semua orang.

Sebelum tengok hasilnya, kena tengok pembikinannya terlebih dahulu. 

  1. Tertonggeng dikhalayak ramai. Gigih sungguh la semata-mata nak dapatkan gambar yang sempurna 💪🏼 Bukan itu sebenarnya, semata-mata nak Prof N suka gambar kami. Gambar yang sedang diambil Flatlay 

IMG_2592.jpeg

  1. Prof, lihat la usaha anak didik mu ini.  Demi sekeping gambar, seorang gadis rela duduk baring dan menerap di tengah jalan raya. Gambar yang sedang diambil ialah Quater Flatlay 
IMG_2605.jpeg

  1. Cabut kasut, punggah barangan dalam bag itu perkara biasa. Celah daun kering menjadi pilihan kerana menaikkan mood musim luruh. Gambar yang sedang diambil Quater Flatlay 

IMG_2588.jpeg

  1. Perbincangan sebelum sesi bermula. Tema takdapat nak ditentukan, asalkan ada barang nya kira jadi laa. 
IMG_2610.jpeg
IMG_2612.jpeg
IMG_2614.jpeg

  1. Kemuncak bila Prof N turun padang, bila prof kata 'Betul' bukan main seronok semua orang. 

IMG_2608.jpeg

1 comment: