RASA TIDAK ADIL BUKAN JIKA ANDA YANG TELAH BERTAHUN-TAHUN LAMANYA MENCURAHKAN BAKTI KEPADA MAJIKAN MASIH KEKAL SEBAGAI KAKITANGAN BIASA. SEMENTARA ADA PULA DI KALANGAN RAKAN-RAKAN YANG SEUSIA, BAHKAN ADA YANG LEBIH MUDA MEMILIKI KARIER YANG HEBAT ?
Cemburu bukan ? Tidak salah jika anda berasa iri hati tetapi lebih baik jangan dipendam. Jadikan ia sebagai pemacu untuk anda menjadi seorang yang lebih bersemangat. Tanamkan juga dalam diri anda bahawa jika mereka boleh, sudah tentu anda juga boleh.
Jadi, APA PERSEDIAAN KITA ?
1. Tampil dengan cara yang BERBEZA, kerana tidak mudah untuk meraih posisi di atas. Anda harus berani bersaing dan harus mempunyai kemampuan diri sendiri.
2. Bijak mengawal TEKANAN kerana seorang individu pasti tidak lepas dari tekanan, apatah lagi beban tugasan yang diserahkan kepada anda. Mungkin mustahil untuk anda menghindari tekanan tetapi anda boleh mencari jalan untuk melegakan tekanan.
3. Bersemangat untuk KALAHKAN DIRI SENDIRI kerana, "semakin tinggi pokok, semakin kuat angin menerpa". Begitu lumrah dunia juga. Semakin anda berusaha untuk mencapai kejayaan, semakin banyak halangan. Kena kuat dan bijak untuk mencintai diri sendiri serta menghargai kemampuan.
4. Berani untuk TETAPKAN SEMANGAT diri kerana kita tidak mahu jika kejayaan yang diraih hanya bertahan untuk seketika maka kita harus mempunyai strategi untuk mempertahankan kejayaan anda.
Hadam. Anda akan BERJAYA 😊
Followers
Wednesday, October 24, 2018
BBM3410/18: Kenali Sejarah
Mungkin ada di antara generasi baharu yang menyambut merdeka pada zahirnya sahaja, sedangkan jiwanya kosong. Langsung tiada memberi makna. Sebabnya, mereka tidak menjiwai sejarah negara. Maka, generasi hari ini perlu disemai pengetahuan sejarah yang asas. Tidak perlu kita bercakap soal gagasan Malayan Union, soal Perlembagaan Negara, Akta 153, kontrak sosial dan sebagainya. Tiada memberi makna. Sebab yang ASAS PUN MEREKA TIDAK TAHU !
Kepada rakyat jelata, sejarah bermaksud apa jua peristiwa, termasuk peninggalan, penemuan, kejayaan, kegagalan, kesedihan, kesilapan, percakapan, perjanjian, keputusan dan sebagainya yang berlaku terdahulu yang telah atau ada direkodkan adalah termasuk di dalam lipatan erti kata sejarah. Ia boleh dicari dan dirujuk semula oleh generasi berikutnya. Itulah sejarah yang kita sebagai orang kampung memahaminya.
Bagi orang lama, tidak ada terma sejarah dari kaca mata pemerintah atau sebagainya. Tetapi pada hari ini, sejarah dalam definisi aplikasi sosial masyarakat moden, mereka mahu melihat sejarah daripada beberapa sudut. Seperti dari kaca mata pemerintah, pembangkang, mengikut kaum, mengikut negeri dan juga negara. Namun demikian, mereka sepatutnya akur dan faham bahawa sejarah yang berlaku di dalam negara ini bukanlah ditulis oleh sembarangan orang. Ia dikumpul dan disemak serta ditulis oleh mereka yang benar-benar arif dalam bidang ini. Mereka boleh dilabelkan ustaz atau ustazah dalam bidang sejarah. Oleh yang demikian, persoalan sejarah mahu dilihat dari kepelbagaian sudut ini tidak harus ditimbulkan sama sekali.
Sama seperti "tocang" rambut saya. Diluar kawasan mungkin ramai yang berasa tidak bersesuaian dengan mata masyarakat. Tetapi, kalau di sini mereka pasti tahu SEJARAHNYA !
Bina identiti sendiri.....
Kepada rakyat jelata, sejarah bermaksud apa jua peristiwa, termasuk peninggalan, penemuan, kejayaan, kegagalan, kesedihan, kesilapan, percakapan, perjanjian, keputusan dan sebagainya yang berlaku terdahulu yang telah atau ada direkodkan adalah termasuk di dalam lipatan erti kata sejarah. Ia boleh dicari dan dirujuk semula oleh generasi berikutnya. Itulah sejarah yang kita sebagai orang kampung memahaminya.
Bagi orang lama, tidak ada terma sejarah dari kaca mata pemerintah atau sebagainya. Tetapi pada hari ini, sejarah dalam definisi aplikasi sosial masyarakat moden, mereka mahu melihat sejarah daripada beberapa sudut. Seperti dari kaca mata pemerintah, pembangkang, mengikut kaum, mengikut negeri dan juga negara. Namun demikian, mereka sepatutnya akur dan faham bahawa sejarah yang berlaku di dalam negara ini bukanlah ditulis oleh sembarangan orang. Ia dikumpul dan disemak serta ditulis oleh mereka yang benar-benar arif dalam bidang ini. Mereka boleh dilabelkan ustaz atau ustazah dalam bidang sejarah. Oleh yang demikian, persoalan sejarah mahu dilihat dari kepelbagaian sudut ini tidak harus ditimbulkan sama sekali.
Sama seperti "tocang" rambut saya. Diluar kawasan mungkin ramai yang berasa tidak bersesuaian dengan mata masyarakat. Tetapi, kalau di sini mereka pasti tahu SEJARAHNYA !
Bina identiti sendiri.....
Wednesday, October 17, 2018
BBM3410/18 : Simpulan Bahasa dan Pengkaji Bahasa
Kami ditugaskan untuk memilih 10 simpulan bahasa. Seterusnya mengambil gambar yang menunjukkan makna peribahasa tersebut. Dengan ilmu bahasa yang penuh didada berserta bakat fotografi di jiwa, kami selesaikan tugasan ini dengan jayanya. Dalam ruangan ini, aku kongsikan sedikit hasil yang diperolehi. Nak lebih-lebih takboleh, tunggu pembentangan dekat kelas nanti. Hehe
Jika anda pencinta bahasa, sila teka gambar dibawah membawa makna perbahasa apa :)
BBM3410/18 : Tidak Juga Bahagia Malah Tidak Pula Derita
Kalau dahulu semasa ingin menyambung pelajaran ke tahap ijazah sarjana muda, aku perlukan RM2400 untuk itu.
Aku masih ingat keadaan keluarga aku ketika itu, susah dan mengalami masalah kewangan. Tetapi, kepintaran kedua ibu bapa aku ketika itu telah menyelesaikan isu kewangan itu dengan begitu baik sekali sehingga aku berjaya berdaftar diri di UPM.
Selesai berkaitan yuran pendidikan, aku terhimpit pula dengan masalah untuk sara diri di UPM.
Aku masih ingat, keluarga hanya mampu membelikan "selimut dan bantal kepala" sahaja untuk aku. Tiada sehelai baju mahupun seluar untuk semestar pertama aku di UPM. Tidak pernah aku keluh. Bagi aku, itu sudah memadai. Untuk pengetahuan papa dan mama, Along sehingga hari ini, masih pakai bantal dan selimut yang sama. Sehingga hari ini. Along yakin, kerana itu berkat kehidupan di sini.
Tahun pertama di sini, sambil melihat sahabat lain yang mewah dan berada, lengkap dengan pakaian baru dan komputer riba setiap seorang. Tetapi aku, tiada kemampuan. Meminjam dengan sahabat lain dahulu, kadang rasa begitu menganggu mereka. Aku letih dan tidak suka hidup bergantung dengan hak orang. Aku kena cari jalan !
Aku nekad untuk bekerja sambilan. Untuk membeli sebuah komputer riba yang merupakan bagi kelengkapan akademik terpenting aku di sini. Benar, di sini semua pelajar perlu dan wajib menggunakan sistem online. Jika tiada komputer riba, kita akan sangat ketinggalan. Jadi, aku nekad untuk itu !
Aku terkenangkan kehidupan aku di sini. Aku masih ingat. Kalau dulu, aku hanya kelas setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat sahaja. Manakala kelas lain, aku akan "skip" sesuka hati sahaja. Nasib aku baik kerana pensyarah tidak pernah mempersoalkan kenapa aku kerap tidak hadir ke kelas.
Kebanyakan rakan kelas juga sudah mula melabelkan aku sebagai "budak yang malas dan bermasalah". Hakikatnya, aku pergi kerja sambilan dari pukul 7 malam sehingga pukul 4 pagi di Danau Kota membantu sahabat disana menjual kasut. Alahai datang jual-jual je kan ? Kepala hotak, aku persilakan ke Danau Kota. Buka satu conopy je untuk aku, aku nak tengok kalau korang kata senang. Jangan cakap kosong dengan aku !
Aku masih ingat tetapi tidak berdendam. Di kolej, sahabat #MTM siap hina aku lagi masa itu, mereka sangat marah kerana aku tidak hadir untuk persediaan minggu perkasa putra semasa aku memegang jawatan Naib Presiden. Aku tahu mereka buat perjumpaan semata-mata nak hina dan burukan nama aku, tetapi kuasa Allah jauh lebih besar. Tahun berikutnya, aku adalah Presiden. Mana mereka yang konon HARAPAN KOLEJ, mana ? Sampah !
Kalian tidak tahu apa yang aku lalui, nak makan susah, nak simpan duit ! Korang tak tahu sialan ! Aku bagitahu felo, aku kerja. Mereka maklumkan kepada kalian. Apa yang susah nak faham ? Ouhhhh aku tahu, kalian mudah hidup. Tiada duit merengek dan minta duit pada keluarga. Senang ! TETAPI aku bukan budak seperti itu !
Demi mencari kewangan untuk menampung perbelanjaan harian dan menyimpan duit untuk sebuah komputer riba. Aku akan ke Danau Kota, aku tiada orang lain, mereka tempat aku mengadu kasih. Mereka beri aku makan. Beri aku kerja. Beri aku duit. Untuk bantu aku hidup di Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia. Terima kasih kawan-kawan terutamanya Abang Nasir. Bagi rumah untuk tidur dan rehat, kerja dan banyak nikmat lagi. Ya Allah ! Terima kasih.
Bukan mudah, tanpa mereka aku awal-awal lagi sudah gagal. Jika aku tiada kelas dulu, aku akan ke Danau Kota. Menaiki bas dari kolej kediaman ke fakulti. Tunggu bas semula untuk ke KTM Serdang. Tunggu lagi, untuk ke KL Sentral. Tiba di KL Sentral, menaiki kereta api sekali lagi untuk ke Taman Melati. Dan, tiba di Taman Melati, aku akan menaiki teksi untuk ke Danau Kota.
Ya Allah, hampir setahun aku hidup seperti itu demi menyara kehidupan. Sehingga aku kenal seorang gadis, Atiqah Che Ismail. Dia hadir bagai sebuah "balasan rezeki Allah" kepada aku. Aku yakin ini balasan terbaikuntuk aku selepas penat lelah aku selama ini. Segala kesusahan aku alami selama aku di UPM seakan terus berubah sekelip mata.
Sejak aku mengenali dia, aku mula ingin buktikan sesuatu di dalam aspek kepimpinan, aku lebih yakin, IQ aku lebih matang untuk membuat pertimbangan dan ternyata aku berjaya buktikan kepada dia sehingga aku di anugerahi Anugerah Kepimpinan Terbaik.
Hari kelahiran aku yang lalu, dia berikan aku sebuah kereta, niat dia hanya satu iaitu untuk memudahkan aku untuk pergi kerja dan pergi ke mana-mana bagi urusan kepimpinan. Keluarga aku hanya ada kereta meniaga sahaja, ibu bapa aku hantar sekali sahaja ke UPM, hampir tiga tahun aku disini, mereka tidak pernah hadir kerana masalah pengangkutan. Itu kenangan terindah saat mereka menghantar aku ke sini dahulu. Aku tidak sedih, aku faham keadaan mereka. Sebab itu, aku usaha kuat di sini. Kerana banyak benda perlu diubah. Itu tanggungjawab aku !
Dia bagaikan malaikat di dalam hidup aku. Dia rangsang dan bantu aku dalam akademik, dari pelajar biasa aku capai tahap dekan di dalam kelas. Dia jadikan aku lelaki yang hampir sempurna. Datang dan beri semangat setiap kali aku menyertai sukan kolej. Hadir setiap majlis, dan sentiasa menjadi air untuk memadamkan amarah dan baran aku ketika aku berhadapan dengan kesulitan. Dia makhluk paling istimewa dan sempurna. Dia Atiqah Che Ismail.
Kembali kepada kisah yang ingin di sampaikan, hari ini aku sudah tahun terakhir. Tidak lama lagi aku akan ditauliahkan. Tetapi, aku berniat untuk menyambung pelajaran ke tahap Sarjana dan Phd. Kerana aku yakin dengan prestasi akademik dan ruangan masa depan untuk matlamat ini.
Malangnya, sekali lagi aku berhadapan dengan isu kewangan. Perbelanjaan untuk menampung yuran pertama adalah sangat tinggi. Melibatkan hampir tiga ribu ringgit Malaysia.
Aku terduduk sambil memikirkan apakah solusi terbaik untuk ini ?
Bekerja ? Cari tajaan ? Simpan duit sebelum November ? Sempat ?
Aku terdiam lagi, dan hanya mengumpul semangat untuk bekerja sambilan semula. Aku dibesarkan dengan cara itu. Aku tak mahu bebankan keluarga, ini hidup aku. Biar aku usaha. Adik-beradik aku terlalu ramai untuk mereka jaga dan tanggung. Cukup untuk itu.
Melihat kembali sahabat-sahabat. Mereka juga susah. Apabila melihat sosok "wakil rakyat" yang boleh membantu, aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu memulakan komunikasi dengan mereka seperti mana.
Sebab, aku meminta untuk aku, kalau aku meminta-minta untuk orang lain, aku lebih tahu caranya. Aku tahu mereka membaca, jika mereka buat "gelap mata", tidak pula aku kecewa dan gundah gulana. Jika mereka bertanya, nescaya aku rela bercerita dan rela mengemis serta meminta.
Tetapi, tidak perlu aku ulas panjang permintaan ini. Mereka lebih tahu kondisi keluarga aku dan prestasi aku, jika mereka lebihkan orang yang tak "sepatutnya" dan ada "tajaan" tetapi dirahsiakan . Aku tiada masalah untuk itu. Jangan pilih kasih.
Jika tiada, katakan tiada.
Akhir kalam, jika tidak kena cara, ampun maaf terus dipinta. Ini hanya mukadimah pembuka bicara. Jika benar tidak dapat membantu apa-apa, mohon ajar aku untuk merujuk ruangan itu ada dimana.
Jika kalian berasa ini nukilan biasa, boleh gelapkan mata dan teruskan kehidupan seperti biasa. Aku sendiri pandai untuk berusaha, tetapi jikalau ada jangan panjang tangan mengambil yang bukan hak kita.
Muhammad Ikhmal Shaffiq
Pelajar
Pelajar
Wednesday, October 10, 2018
BBM3410/18 : Musim Flatlay
Tugasan minggu ke 4.
Kami ditugaskan untuk ambil gambar empat jenis Flatlay. Saksikan apa yang kumpulan aku dapat hasilkan:
1 Flatlay
Flatlay ni gambar yang diambil 90 darjah dari sudut atas. Takboh senget sikit pun kedudukan kamera. Bukan sebab takut gambar tu tak cantik, tapi takut salah. Takut takdapat like dari prof. Ni contoh gambar Flatlay
2 Half Flatlay
Ini pula diambil separuh dari flatlay tadi. Iaitu 45 darjah dari atas. Kedudukan produk memainkan peranan kerana keadaan yang separuh kebawah ini menyebab ada sesetengah produk yang terselindung. Gambar yang dihasilkan kurang menarik. Ini contoh gambar dari kumpulan kami.
3 Quater Flatlay
Ini pula suku dari penuh tadi. Iaitu 45 darjah bahagi dengan dua. Pandai pandai la kira sendiri. Haha Gambar yang ni kita susah nak bezakan sedikit dengan Half flatlay kerana ianya seakan sama. Ni contoh gambar kumpulan kami:
4 Zero Flatlay
Ini pula betul betul atas lantai kamera tu. Selaras dengan produk yang disusun rapi. Susunan yang bertindih perlu dielakkan kerana mengganggu hasil gambar. Ini contoh gambarnya ;
BBM3410/18 : Disebalik Tabir Pembikinan (Flatlay) 📸
Ilmu lama yang baru diketahui. Prof beri tugasan yang selama ni aku selalu ambil gambar cara tu, tapi tak tahu apa nama. Tugasan minggu ni, kami kena ambil 4 jenis Flatlay yang berbeza-beza. Setiap jenis Flatlay mesti ada 5 Gambar dari 5 produk yang berbeza tema. Sukar difahami bukan? 🤔 Haha Tapi takpe. Apa yang menyedihkan, kami diberi masa satu jam setengah sahaja. Kelam kabut semua orang.
Sebelum tengok hasilnya, kena tengok pembikinannya terlebih dahulu.
- Tertonggeng dikhalayak ramai. Gigih sungguh la semata-mata nak dapatkan gambar yang sempurna 💪🏼 Bukan itu sebenarnya, semata-mata nak Prof N suka gambar kami. Gambar yang sedang diambil Flatlay
- Prof, lihat la usaha anak didik mu ini. Demi sekeping gambar, seorang gadis rela duduk baring dan menerap di tengah jalan raya. Gambar yang sedang diambil ialah Quater Flatlay
- Cabut kasut, punggah barangan dalam bag itu perkara biasa. Celah daun kering menjadi pilihan kerana menaikkan mood musim luruh. Gambar yang sedang diambil Quater Flatlay
- Perbincangan sebelum sesi bermula. Tema takdapat nak ditentukan, asalkan ada barang nya kira jadi laa.
- Kemuncak bila Prof N turun padang, bila prof kata 'Betul' bukan main seronok semua orang.
BBM3410/18: Montreal, Kanada & Maple Journey ❤️
Asalamualaikum pembaca...
Itu hari saya cerita pengalaman saya ke Thailand. Hari ini, saya hendak berkongsi sebuah lagi perjalanan saya mewakili universiti ke Montreal, Kanada. Sebenarnya, saya di amanahkan untuk ke sana untuk membantu Sister Sabariah Foundation sempena bulan Ramadhan. Sebelum saya pergi lebih lanjut, bagi mereka yang teringin untuk ke Kanada. Anda kena bersedia untuk menghadapi lebih kurang 20 jam di udara. Ya Allah, sejujurnya sangat memenatkan apabila kita hanya boleh duduk dan bersandar di dalam kapal terbang sekian lama itu. Tetapi itu la pengalaman. Untuk ini, saya hanya ingin berkongsi gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika berada di sana. Nikmati. Selebihnya, saya akan kongsikan lebih banyak lagi kisah-kisah di sana. Sebelum itu, ayuh kita selak dan perhatikan gambar-gambar yang tidak seberapa ini. Jom !
Tuesday, October 2, 2018
BBM3410/18: Sawadikrap Thailand
Asalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menyertai Program Ke Luar Negara mewakili Universiti Putra Malaysia. Sebagai mukadimah saya kongsikan terlebih dahulu gambar-gambar saya semasa berada di Thailand melibatkan bandar Chiang Mai- Chiang Rai dan Bangkok. Awal-awal ini saya kongsikan gambar dahulu, nanti saya kongsikan kisah-kisah menarik saya di sana selama 2 minggu di negara jiran. Jom !
Nanti saya sambung lagi.....
Nanti saya sambung lagi.....
BBM3410/18: Jurus Fotografi Menarik
Pensyarah meminta pelajar untuk menyediakan beberapa jenis gambar yang meliputi kriteria beliau. Selaras dengan impian pensyarah untuk melahirkan pelajar yang mempunyi ilmu tambahan maka beliau mencabar pelajar untuk menghasilkan gambar yang menarik dan menepati kehendak beliau. Gambar tersebut harus mempunyai aset serta aturan tersendiri seperti yang telah dijelaskan di dalam kelas. Gambar tersebut seperti MUG SHOT (bahu ke atas), LONG SHOT (gambar dari jauh), MEDIUM SHOT (separa penuh), Potrait (studio), Bird's EYE VIEW (gambar dari atas), dan OVER THE SHOULDER (diambil dari bahu bagi menampakan pemandangan depan). Jadi, mari kita lihat hasil yang berjaya di sediakan oleh saya. Maaf jika kurang, kerana saya juga masih belajar dalam bidang ini. Ayuh !
MUG SHOT
LONG SHOT
MEDIUM SHOT
POTRAIT
BIRD'S EYE VIEW
OVER THE SHOULDER
MUG SHOT
LONG SHOT
MEDIUM SHOT
POTRAIT
BIRD'S EYE VIEW
OVER THE SHOULDER
BBM3410/18: Safari Lepaking
Minggu yang lalu saya berkesempatan untuk menyertai sebuah lawatan ringkas yang dianjurkan oleh sekolah rendah anak saudara saya ke Gambang Safari Park. Berbeza dengan tugasan sahabat kelas yang lain di mana mereka perlu untuk menghadiri Pesta Makanan di FBMK UPM dan diminta oleh pensyarah untuk mengambil gambar kawasan sekitar. Ternyata tugasan saya telah ditukar untuk mengambil gambar istimewa semasa berada di Safari Park Gambang. Ia amat menarik dan membuatkan tugasan saya jauh lebih menghairahkan.
Kami mula bertolak seawal pagi untuk ke Gambang, semasa perjalanan ke sana kami sempat singgah di Petrosains yang terletak di Perpustakaan Awam, Pahang. Semasa di sana, kami sempat menikmati teknologi-teknologi terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang banyak perkara baru. Saat sedang bergembira membawa anak saudara melihat kawasan sekitar, tiba-tiba saya teringat nostalgia zaman kanak-kanak dahulu. Saat paling berharga zaman kanak-kanak adalah sewaktu rombongan. Ya Allah seronoknya. Naik bas. Berjalan sakan. Dan lihat perkara baru. Itu lah nikmat dunia semasa zaman kanak-kanak. Beruntungnya saya dapat menikmati suasana ini lagi sewaktu umur dewasa ini.
Perjalanan diteruskan, selesai Zohur kami bergerak terus ke Gambarng Safari Park, Pahang. Suara keriangan adik-adik rombongan semakin rancak. Ada yang tidak rehat dan tidur di dalam bas kerana terlalu teruja. Mana mungkin tudak teruja, saya sendiri rasa tak sabar. Kami semakin hampir, tiba sahaja kami di sana. Anak pelajar tahun 1 sudah siap sedia untuk beratur untuk turun dari bas. Semua teruja. Mari saya sajikan gambar kami di sana. Biar gambar yang membicara.... Saksikan !
Kami mula bertolak seawal pagi untuk ke Gambang, semasa perjalanan ke sana kami sempat singgah di Petrosains yang terletak di Perpustakaan Awam, Pahang. Semasa di sana, kami sempat menikmati teknologi-teknologi terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang banyak perkara baru. Saat sedang bergembira membawa anak saudara melihat kawasan sekitar, tiba-tiba saya teringat nostalgia zaman kanak-kanak dahulu. Saat paling berharga zaman kanak-kanak adalah sewaktu rombongan. Ya Allah seronoknya. Naik bas. Berjalan sakan. Dan lihat perkara baru. Itu lah nikmat dunia semasa zaman kanak-kanak. Beruntungnya saya dapat menikmati suasana ini lagi sewaktu umur dewasa ini.
Perjalanan diteruskan, selesai Zohur kami bergerak terus ke Gambarng Safari Park, Pahang. Suara keriangan adik-adik rombongan semakin rancak. Ada yang tidak rehat dan tidur di dalam bas kerana terlalu teruja. Mana mungkin tudak teruja, saya sendiri rasa tak sabar. Kami semakin hampir, tiba sahaja kami di sana. Anak pelajar tahun 1 sudah siap sedia untuk beratur untuk turun dari bas. Semua teruja. Mari saya sajikan gambar kami di sana. Biar gambar yang membicara.... Saksikan !
Subscribe to:
Posts (Atom)