Followers

Tuesday, September 25, 2018

Minggu 2️⃣

Dengan semangat dari minggu lepas lagi, tugasan dah pun diberikan oleh Prof. Haha Prof saja nak kami balik pada alam kanak-kanak riang. 

Dah lama tak main gunting, main gam, main belek buku-buku gunting huruf. 

Nak tahu tugasan apa yang seronok sangat tu ? 
  1. Kami satu kumpulan perlu membelek setiap majalah untuk menjadi lima gambar yang sempurna yang menepati 5 Lima Unsur Grafik 
  2. Bawa gambar yang dipilih untuk tunjuk pada Prof terlebih dahulu. Bila Prof kata proceed, baru boleh mula kerja seterusnya. 
  3. Gunting satu per satu gambar yang dipilih dan gam. Bukan gam semudah itu je, kena ukur gambar tu. Pastikan tepat kiri kanan atas bawah. Berpeluh peluh nak ukur. Haha
  4. Paling last, kerja yang semua orang suka. Kena ambil gambar. Semua orang suka nak bergambar sebab nak post dekat instagram je. 


Tunggu ! 💪🏼


  

Minggu 1️⃣

Seperti biasa, tugasan pertama bagi setiap minggu pertama selepas buka semester baharu. Kami ditugaskan membentuk kumpulan seramai 10 orang bagi satu kumpulan. Berebut-rebut, bertolak-tolak nak cari ahli kumpulan. Tapi kita tenang tenang je. 

Ini la ahli kumpulan yang dikasihi :
  • Thalha 
  • Hussain
  • Solihin
  • Hanif
  • Atiqah
  • Shuu
  • Abir
  • Dee
  • Munn

Tugasan pertama, Prof senaraikan bahan yang perlu disediakan bagi persiapan tugasan minggu hadapan. Setelah dirisik risik senarai barang tu, dah dapat dikena pasti apa tugasan yang menanti minggu depan. 

Tunggu ! 💪🏼



Kata Pengantar

Asalamualaikum...

Saya Muhammad Ikhmal Shaffiq bin N. Sherap. Berumur 23 tahun. Dilahirkan pada tanggal 19 Mac 1995. Membesarkan dikawasan luar bandar dan dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak. Seorang graduan disalah sebuah universiti awam (UA) di tanah air iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM).

Saya lebih mesra dipanggil dengan gelaran "ikhmashaffiq'. Bagi sesetengah orang, semeemangnya  agak panjang jika dibaca nama tersebut tetapi fonologi nama tersebut agak menarik jika dapat disebut secara jamak. Lagipun, terlalu ramai yang mempunyai nama Shaffiq dan Ikhmal. kesimpulannya, terpulang kepada kalian untuk mengelar saya apa dan siapa. saya terima dengan hati terbuka.

Di universiti, saya aktif terlibat dengan pelbagai jenis organisasi kepimpinan. Dua tahun kebelakang ini, saya kerap melakukan beberapa aktiviti mewakili universiti ke luar negara. Antara negara yang pernah saya pergi mewakili universiti adalah seperti Thailand, Indonesia dan Kanada. Jadi,  alasan itu yang menyebabkan saya terpanggil untuk menceritakan pengalaman dan berkongsi untuk proses persedian awal ke luar negara dan tempat-tempat menarik yang mungkin boleh dilawati. Pastinya, dengan penggunaan kewangan yang sepatutnya dan tiada pembaziran.

Jadi, tunggu #NotaGampang itu nanti...